Thursday, 3 October 2013
Di atas menunjukkan logo syarikat kami dan Logo ini kami memperkenalkan sebagai logo syarikat iaitu sepohon sagu yang melambangkan asal usul Lamantak yang diperbuat daripada isi pohon sagu tersebut.
Selain itu, dengan logo ini kami dapat memperkenalkan syarikat-syarikat kami kepada orang ramai dan dengan logo ini orang ramai dapat mengenali syarikat kami iaitu "berambeh lokk" yang berada di Kuching Sarawak. Jika ingin keterangan lebih lanjut sila hubungi syarikat kami iaitu 0123456789 atau melayari blog kami di Berambeh lokk.blogspot.com.
Syarikat kami hanya bersebelahan jalan menyeberangi Shopping Mall Hills dan mudah bagi pelanggan untuk menjumpai syarikat kami. Kami memilih tempat ini kerana tempat ini strategi dan berdekatan dengan pasaraya untuk memasarkan produk kami. Selain itu, laluan jalan raya yang berada di hadapan syarikat kami adalah laluan yang sentiasa dilalui oleh orang ramai. Dengan itu, bagi orang ramai yang hendak mencari syarikat kami silalah layari blog kami iaitu Berambeh lokk.blogspot.com untuk melihat pelan lokasi kami bagi memudahkan pelanggan-pelanggan dan orang ramai ke syarikat kami untuk merasai makanan-makanan unik dari kaum masyarakat melanau.
Jadual Menu
NAMA MAKANAN
|
HARGA(RM)
|
Semangkuk
Lamantak
|
RM4.00
|
Lamantak
+ Sambal Belacan
|
RM4.50
|
Lamantak
+ Paku Pakis
|
Rm5.00
|
Lamantak
+ Kangkong
|
Rm5.00
|
Lamantak
+ Cangkuk Manis
|
Rm5.00
|
Lamantak
+ Ikan Kembong Goreng
|
RM6.00
|
Lamantak
+ Ikan Bawal Hitam Goreng
|
RM7.00
|
Lamantak
+ Ikan Sardin Goreng
|
RM6.50
|
Lamantak
+ Sup Ikan Bawal Hitam
|
RM7.00
|
Lamantak
+ Sup Sotong
|
RM8.00
|
Lamantak
+ Sotong Bakar
|
RM8.50
|
Lamantak
+ Daging Lembu Goreng
|
RM8.50
|
Lamantak
+ Daging Ayam Goreng
|
RM9.00 |
Pantang Larang Lamantak & Linut
Kenapa ada pantang larang ??..
Lamantak ini berasal dari Negeri Sarawak. Hidangan yang berasal dari batang sagu atau diambil isi daripada batang pohon sagu tersebut. Ia adalah bahan berkanji dan ia juga mempunyai persamaan dengan kanji ubi kayu. Lamantak ini merupakan salah satu hidangan yang terkenal bagi penduduk pribumi Sarawak dan tidak ketinggalan juga menjadi makanan tradisi masyarakat Sabah.
Ia terkenal dengan makanan tradisi dari suku kaum Melanau terutama sekali dibahagian Mukah, Oya, dan Daro dan dianggap sebagai makanan yang paling lengkap kerana ia dihidangkan bersama ulam iaitu herba dan sayur-sayuran, ikan salai, kuah pedas dan sambal.
Cara membuat Lamantak ini tapak seperti senang tetapi ia juga boleh menjadi rumit jika sukatan dan cara-cara pembuatannya tidak teratur dan tidak betul.
Bagi sesetengah masyarakat Melanau, mereka akan menghidangkan Lamantak ini semasa perjumpaan keluarga, rakan-rakan lama, dan terutama sekali kepada tetamu yang baru pertama kali merasainya.
Antara petua-petua dan larangan semasa proses mengadun Lamantak ini ialah seseorang itu tidak dibenarkan untuk ketawa atau menyanyi
Menurut salah seorang daripada ahli persatuan Melanau Kuching iaitu Mohd Sil Abdullah, yang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam tradisi dan adat resam. Tiada apa yang salah untuk mematuhi pantang larang apa-apa pun kerana ia adalah bertujuan untuk mendisiplinkan kita suapaya kita menjadi lebih baik.
Terdapat cerita menarik yang dicerita oleh Mohd Sil Abdullah yang berumur 68 tahun dan berasal dari Daerah Mukah bahawa terdapat pada zaman dahulu ahli keluarga si mati juga dibenarkan untuk makan Lamantak apabila mayat masih di dalam rumah.
Beliau berkata jika ahli keluarga tersebut tetap berkeras hati hendak makan juga, badan si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti Lamantak atau dalam perkataan lain keadaan badan yang tidak sempurna atau lembik.
Terdapat satu lagi cerita mengenai Lamantak iaitu adalah makanan asas pada zaman penjajahan jepun bagi menggelakan daripada penduduk pada masa itu kebuluran terutama sekali di bahagian Dalat dan Mukah.
Lamantak kini sudah popular di kalangan generasi baru sekarang kerana ia adalah bukan sahaja makanan unik tetapi juga lazat kepada sesiapa yang ingin pernah mencuba dan menikmatinya. Lamantak ini juga bukan sahaja kekal menjadi hidangan tradisional yang unik masyarakat Melanau, ia juga boleh menjadi salah satu sumber pendapatan bagi masyarakat Melanau.

Tepung Sagu |
Gambar di sebelah adalah tepung sagu untuk membuat lamantak. Tepung sagu ini diperolehi daripada pohon sagu.
Selain itu, jika anda sukar untuk mendapatkan tepung sagu ini, tepung kanji juga dapat untuk membuat lamantak tersebut.
Gambar rajah seterusnya adalah cara-cara pemprosesan lamantak iaitu dengan tepung tadi dicampur dengan air panas yang masih mendidih dan sentiasa dikacau sehingga ia menjadi likat atau liat seperti gam.
Seperti yang sudah menjadi Lamatak yang ditunjuk dalam gambar dibawah:
Gambar rajah yang seterusnya menunjukkan hasil daripada campuran air yang mendidih tadi dan dimasak sehingga menjadi lamantak.
Gambar sebeleh ini menunjukkan Lamantak sudah dimasak dan sedia untuk dihidang lagi.
Seterusnya, Lamantak yang sudah dimasak boleh dimakan dengan beberapa hidangan. Lamantak ini semestinya sedap jika dimakan bersama temannya iaitu sambal belacan yang diperbuat daripada belacan.
Campuran belacan ini pula iaitu ditumbuk bersama ikan bilis,cili,udang kering dan garam secukupnya dan ditumbuk menggunakan lesung batu.
Selain daripada dimakan dengan sambal belacan, Lamantak juga sedap dimakan dengan pelbagai sup seperti sup ayam, sup ikan, sup tulang dan pansuh.
Pelbagai cara makan Lamantak ini bersama sup mengikut cita rasa masing-masing seperti sup tersebut dilimpahkan ke atas Lamantak tersebut.
Selain makan bersama sambal atau sup, Lamantak ini juga sedap jika dimakan bersama masakan sayuran seperti sayur kangkong, sayur cangkuk manis, sayur labu, sayur pucuk ubi dan sebagainya.
Cara permakanan ini juga mengikut kreativiti masing-masing iaitu ada yang makan dicampur terus bersama-sama sayur-sayur tersebut.
Seperti dalam gambar disebelah Lamantak ini juga sedap dimakan bersama ikan kembong goreng dan daging kari ayam atau lembu dimasak kering.
Sungguh berselera jika dimakan dengan pelbagai jenis makanan yang terdapat seperti gambar di sebelah iaitu dimakan bersama sup ikan, telur masin, sotong bakar, sambal belacan dan daging ayam bakar.
Jika anda ingin merasai makanan-makanan tradisi Melanau iaitu Lamantak, seperti didalam gambar yang kami paparkan, dengan itu anda dialu alukan melayari blog kami iaitu Berambeh Lokk.blogspot.com
Latarbelakang Syarikat
"Berambeh Lokk" telah
ditubuhkan pada tahun 15 September 2013. Aktiviti utama syarikat kami adalah
syarikat pengeluar makanan melanau iaitu Lamantak atau dipanggil dan dikenali
oleh masyarakat Sarawak iaitu Linut. Syarikat ini mempunyai pasaran yang amat terhad
dan syarikat perkongsian ini juga baru sahaja ditubuhkan untuk memperkenalkan
makanan tradisi kaum melanau kepada orang ramai dan kepada pelancong-pelancong
asing yang datang ke Sarawak, dengan secara langsung kami memperkenalkan
makanan tradisi di Sarawak. Syarikat kami telah menetapkan objektif dan
matlamat syarikat. Objektif atau misi syarikat kami ialah menjadi pengeluar
makanan tradisi masyakat Melanau iaitu Lamantak yang terkenal di Kuching,
Sarawak dalam masa 2 tahun. Dengan adanya misi ini syarikat kami akan mengejar
dan berpandukan misi syarikat dalam masa yang dicadangkan. Visi syarikat kami
pula dalam masa 5 tahun ke 6 tahun akan memperbesarkan syarikat kami ke luar
bahagian Sarawak seperti ke Semenanjung Malaysia.
Profil Syarikat
Nama Syarikat : "Berambeh
Lokk"
Jenis Milikan : Syarikat Jenis
Perkongsian
Tarikh didaftarkan : 15 September
2013
No pendaftaran : 1234567890
Alamat Syarikat : Jalan Bukit Mata,
Kuching, Sarawak.
No. Telefon Syarikat : 0123456789
Jenis Industri : Makanan Tradisi
Produk yang dikeluarkan : Makanan
tradisi kaum melanau "Lamatak".
Misi Syarikat : Syarikat kami ialah
menjadi pengeluar makanan tradisi masyakat Melanau iaitu Lamantak
yang terkenal di Kuching.
Visi Syarikat : Dalam masa 5 tahun
ke 6 tahun syarikat kami akan memperbesarkan syarikat ke luar
bahagian Sarawak seperti ke Semenanjung Malaysia.
Latarbelakang
Usahawan
Nama Pemilik : ABDUL HANIF BIN PATANI @ TAM
No. K/P : 900628-13-8333
Tarikh Lahir : 28 JUN 1990
Bangsa : Melanau
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Taraf Pendidikan : Diploma
Pengurusan Perniagaan
Agama : Islam
No.Telefon bimbit : 019-4850680
Nama rakan kongsi Pemilik : DISMOND
DIAN
No. K/P : 920803-13-5825
Tarikh Lahir : 03 OGOS 1992
Bangsa : Kenyah
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Taraf Pendidikan : Diploma
Pengurusan Perniagaan
Agama : Kristian
No. telefon bimbit : 013-5755604
Friday, 20 September 2013
Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada pelanggan yang mengikuti blog makanan tradisional kami di berambehlokk.blogspot.com. Di dalam blog ini, kami akan memberitahu dan menunjukkan kepada pelanggan-pelanggan mengenai makanan tradisi di Sarawak.
Bagi pandangan saya masih banyak lagi masyarakat di Sarawak tidak tahu dan belum mengenali mengenai makanan tradisi Sarawak iaitu Lamantak dan dikenali dalam bahasa Sarawak iaitu Linut. Bagi yang belum mencuba makanan tradisi Sarawak ini boleh mengikuti blog kami dengan segera.
Selain itu, sejarah mengenai makanan Lamantak tersebut yang berasal dari suku kaum Melanau. Sebahagian besar di negeri Sarawak, Melanau adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Masih ramai yang belum mengetahui asal-usul dan mahu perkataan makanan ini.
Setengah abad yang lalu, Daerah Bintulu yang masih dalam jagaan Kerajaan Sultan Brunei, Baginda juga selalu melawat ke Daerah Bintulu serta memungut hasil daripada penduduk di daerah tersebut. Pada satu ketika semasa sebuah perahu Kerajaan Brunei belayar menuju ke Daerah Bintulu, tiba-tiba bertembunglah
perahu mereka dengan beberapa buah perahu yang menuju ke arah destinasi yang sama. Nakhoda itu pun bertanya kepada salah seorang kelasinya, " Perahu siapakah yang banyak dihadapan kita? " Jawab kelasi itu pula " Perahu orang menanan Datuk". Sehari ke sehari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun perkataan ' Menanan' ini dengan tidak sedari oleh sesiapa terus bertukar menjadi " Melanau "
Dengan itu, terciptalah nama Melanau kepada suku kaum Melanau. Selain itu, kaum Melanau juga mempunyai pelbagai-bagai daerah yang berasal dari daerah Mukah, Rajang, Matu, Daro dan sebagainya. Beberapa perayaan utama masyarakat Melanau seperti perayaan Kaul dan dikenali sebagai " Pesta Kaul. "
Perayaan ini akan diraikan pada setiap tahun dengan tujuan memuja semangat laut ( Ipok Kala )
supaya aman dan damai serta supaya menambah hasil tangkapan mereka. Permaianan Tibow juga merupakan upacara kesuburan diamana apabila memainkan permaianan itu, masyarakat Melanau akan menyanyikan pantun-pantun tertentu mengharapakan supaya pokok dan tumbuhan berbuah dengan lebat dan ikan banyak membiak.
Dengan itu, makanan tradisi Melanau ini iaitu Lamantak menjadi makanan tradisi mereka.
Lamantak ini juga diperbuat daripada pokok Rubina yang diproses menjadi sagu Rubina dan bagi masyarakat orang Melanau di Sarawak dan apabila mereka ingin membuat Lamantak, mereka perlu meredah hutan untuk mencari pohon sagu.
Pohon Sagu itu pula, akan ditebang dan dibawa ke tempat pemprosesan Sagu. Setelah itu, kulit batang sagu tersebut dikupas dan dibelah bagi mengeluarkan isi Sagu yang terdapat di bahagian tegah batang Sagu.
Kemudian isi Sagu yang berwarna putih di potong kecil dan halus serta direndamkan dalam tempoh tiga hari di dalam air. Isi Sagu yang direndam itu akan menjadi sebatian dan sebatian tersebut adalah Sagu yang dimasak menjadi Lamantak. Selain pohon Sagu, tepung kanji juga dapat untuk membuat Lamantak tersebut. Ada yang tidak tahu lagi bahawa tepung kanji juga dapat membuat makanan ini, bagi yang ingin membuat makanan ini dan sukar untuk menemui tepung sagu, lamantak juga dapat dibuat menggunakan tepung kanji yang senang kita dapati di kedai-kedai runcit atau di pasaraya.

Subscribe to:
Posts (Atom)