Friday 20 September 2013

Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada pelanggan yang mengikuti blog makanan tradisional kami di berambehlokk.blogspot.com. Di dalam blog ini, kami akan memberitahu dan menunjukkan kepada pelanggan-pelanggan mengenai makanan tradisi di Sarawak.

 Bagi pandangan saya masih banyak lagi masyarakat di Sarawak tidak tahu dan belum mengenali  mengenai makanan tradisi Sarawak iaitu Lamantak dan dikenali dalam bahasa Sarawak iaitu Linut. Bagi yang belum mencuba makanan tradisi Sarawak ini boleh mengikuti blog kami dengan segera.

Selain itu, sejarah mengenai makanan Lamantak tersebut yang berasal dari suku kaum Melanau. Sebahagian besar di negeri Sarawak, Melanau adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Masih ramai yang belum mengetahui asal-usul dan mahu perkataan makanan ini.

Setengah abad yang lalu, Daerah Bintulu yang masih dalam jagaan Kerajaan Sultan Brunei, Baginda juga selalu melawat ke Daerah Bintulu serta memungut hasil daripada penduduk di daerah tersebut. Pada satu ketika semasa sebuah perahu Kerajaan Brunei belayar menuju ke Daerah Bintulu, tiba-tiba bertembunglah

perahu mereka dengan beberapa buah perahu yang menuju ke arah destinasi yang sama. Nakhoda itu pun bertanya kepada salah seorang kelasinya, " Perahu siapakah yang banyak dihadapan kita? " Jawab kelasi itu pula " Perahu orang menanan Datuk". Sehari ke sehari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun perkataan ' Menanan' ini dengan tidak sedari oleh sesiapa terus bertukar menjadi " Melanau "

Dengan itu, terciptalah nama Melanau kepada suku kaum Melanau. Selain itu, kaum Melanau juga mempunyai pelbagai-bagai daerah yang berasal dari daerah Mukah, Rajang, Matu, Daro dan sebagainya. Beberapa  perayaan utama masyarakat Melanau seperti perayaan Kaul dan dikenali sebagai " Pesta Kaul. "

Perayaan ini akan diraikan pada setiap tahun dengan tujuan memuja semangat laut ( Ipok Kala )
supaya aman dan damai serta supaya menambah hasil tangkapan mereka. Permaianan Tibow juga merupakan upacara kesuburan diamana apabila memainkan permaianan itu, masyarakat Melanau akan menyanyikan pantun-pantun tertentu mengharapakan supaya pokok dan tumbuhan berbuah dengan lebat dan ikan banyak membiak.

Dengan itu, makanan tradisi Melanau ini iaitu Lamantak menjadi makanan tradisi mereka.
Lamantak ini juga diperbuat daripada pokok Rubina yang diproses menjadi sagu Rubina dan bagi masyarakat orang Melanau di Sarawak dan apabila mereka ingin membuat Lamantak, mereka perlu meredah hutan untuk mencari pohon sagu.

Pohon Sagu itu pula, akan ditebang dan dibawa ke tempat pemprosesan Sagu. Setelah itu, kulit batang sagu tersebut dikupas dan dibelah bagi mengeluarkan isi Sagu yang terdapat di bahagian tegah batang Sagu.

Kemudian isi Sagu yang berwarna putih di potong kecil dan halus serta direndamkan dalam tempoh tiga hari di dalam air. Isi Sagu yang direndam itu akan menjadi sebatian dan sebatian tersebut adalah Sagu yang dimasak menjadi Lamantak. Selain pohon Sagu, tepung kanji juga dapat untuk membuat Lamantak tersebut. Ada yang tidak tahu lagi bahawa tepung kanji juga dapat membuat makanan ini, bagi yang ingin membuat makanan ini dan sukar untuk menemui tepung sagu, lamantak juga dapat dibuat menggunakan tepung kanji yang senang kita dapati di kedai-kedai runcit atau di pasaraya.


                                              

No comments:

Post a Comment