Thursday, 3 October 2013

Tepung Sagu
LAMANTAK
Gambar di sebelah adalah tepung sagu untuk membuat lamantak. Tepung sagu ini diperolehi daripada pohon sagu.

Selain itu, jika anda sukar untuk mendapatkan tepung sagu ini, tepung kanji juga dapat untuk membuat lamantak tersebut.      



   

Gambar rajah seterusnya adalah cara-cara pemprosesan lamantak iaitu dengan tepung tadi dicampur dengan air panas yang masih mendidih dan  sentiasa dikacau sehingga ia menjadi likat atau liat seperti gam.

Seperti yang sudah menjadi Lamatak yang  ditunjuk dalam gambar dibawah:
                                                           

Gambar rajah yang seterusnya menunjukkan hasil daripada campuran air yang mendidih tadi dan dimasak sehingga menjadi lamantak. 

Gambar sebeleh ini menunjukkan Lamantak sudah dimasak dan sedia untuk dihidang lagi.
                                                            Seterusnya, Lamantak yang sudah dimasak boleh dimakan dengan beberapa hidangan. Lamantak ini semestinya sedap jika dimakan bersama temannya iaitu sambal belacan yang diperbuat daripada belacan. 

Campuran belacan ini pula iaitu ditumbuk bersama ikan bilis,cili,udang kering dan garam secukupnya dan ditumbuk menggunakan lesung batu.  


Selain daripada dimakan dengan sambal belacan, Lamantak juga  sedap dimakan dengan pelbagai sup seperti sup ayam, sup ikan, sup tulang dan pansuh.
 
Pelbagai cara makan Lamantak ini bersama sup mengikut cita rasa masing-masing seperti sup tersebut dilimpahkan ke atas Lamantak tersebut.  
                                                          Selain makan bersama sambal atau sup, Lamantak ini juga sedap jika dimakan bersama masakan sayuran seperti sayur kangkong, sayur cangkuk manis, sayur labu, sayur pucuk ubi dan sebagainya. 

Cara permakanan ini juga mengikut kreativiti masing-masing iaitu ada yang makan dicampur terus bersama-sama sayur-sayur tersebut.



Seperti dalam gambar disebelah Lamantak ini juga sedap dimakan bersama ikan kembong goreng dan daging kari ayam atau lembu dimasak kering.

Jika dimakan bersama ikan, lebih sedap jika dimakan dengan sambal ikan tersebut.
 

Sungguh berselera jika dimakan dengan pelbagai jenis makanan yang terdapat seperti gambar di sebelah iaitu dimakan bersama sup ikan, telur masin, sotong bakar, sambal belacan dan daging ayam bakar.

Jika anda ingin merasai makanan-makanan tradisi Melanau iaitu Lamantak, seperti didalam gambar yang kami paparkan, dengan itu anda dialu alukan melayari blog kami iaitu Berambeh Lokk.blogspot.com

No comments:

Post a Comment