Thursday, 3 October 2013

                 Pantang Larang Lamantak & Linut

Kenapa ada pantang larang ??..

Lamantak ini berasal dari Negeri Sarawak. Hidangan yang berasal dari batang sagu atau diambil isi daripada batang pohon sagu tersebut. Ia adalah bahan berkanji dan ia juga mempunyai persamaan dengan kanji ubi kayu. Lamantak ini merupakan salah satu hidangan yang terkenal bagi penduduk pribumi Sarawak dan tidak ketinggalan juga menjadi makanan tradisi masyarakat Sabah.

Ia terkenal dengan makanan tradisi dari suku kaum Melanau terutama sekali dibahagian Mukah, Oya, dan Daro dan dianggap sebagai makanan yang paling lengkap kerana ia dihidangkan bersama ulam iaitu herba dan sayur-sayuran, ikan salai, kuah pedas dan sambal.

Cara membuat Lamantak ini tapak seperti senang tetapi ia juga boleh menjadi rumit jika sukatan dan cara-cara pembuatannya tidak teratur dan tidak betul.

Bagi sesetengah masyarakat Melanau, mereka akan menghidangkan Lamantak ini semasa perjumpaan keluarga, rakan-rakan lama, dan terutama sekali kepada tetamu yang baru pertama kali merasainya.

Antara petua-petua dan larangan semasa proses mengadun Lamantak ini ialah seseorang itu tidak dibenarkan untuk ketawa atau menyanyi

Menurut salah seorang daripada ahli persatuan Melanau Kuching iaitu Mohd Sil Abdullah, yang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam tradisi dan adat resam. Tiada apa yang salah untuk mematuhi pantang larang apa-apa pun kerana ia adalah bertujuan untuk mendisiplinkan kita suapaya kita menjadi lebih baik.

Terdapat cerita menarik yang dicerita oleh Mohd Sil Abdullah yang berumur 68 tahun dan berasal dari Daerah Mukah bahawa terdapat pada zaman dahulu ahli keluarga si mati juga dibenarkan untuk makan Lamantak apabila mayat masih di dalam rumah.

Beliau berkata jika ahli keluarga tersebut tetap berkeras hati hendak makan juga, badan si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti Lamantak atau dalam perkataan lain keadaan badan yang tidak sempurna atau lembik.

Terdapat satu lagi cerita mengenai Lamantak iaitu adalah makanan asas pada zaman penjajahan jepun bagi menggelakan daripada penduduk pada masa itu kebuluran terutama sekali di bahagian Dalat dan Mukah.

Lamantak kini sudah popular di kalangan generasi baru sekarang kerana ia adalah bukan sahaja makanan unik tetapi juga lazat kepada sesiapa yang ingin pernah mencuba dan menikmatinya. Lamantak ini juga bukan sahaja kekal menjadi hidangan tradisional yang unik masyarakat Melanau, ia juga boleh menjadi salah satu sumber pendapatan bagi masyarakat Melanau.







No comments:

Post a Comment