Thursday 3 October 2013




Di atas menunjukkan logo syarikat kami dan Logo ini kami memperkenalkan sebagai logo syarikat iaitu sepohon sagu yang melambangkan asal usul Lamantak yang diperbuat daripada isi pohon sagu tersebut. 

Selain itu, dengan logo ini kami dapat memperkenalkan syarikat-syarikat kami kepada orang ramai dan dengan logo ini orang ramai dapat mengenali syarikat kami iaitu "berambeh lokk" yang berada di Kuching Sarawak. Jika ingin keterangan lebih lanjut sila hubungi syarikat kami iaitu 0123456789 atau melayari blog kami di Berambeh lokk.blogspot.com.

Pelan Lokasi "Berambeh Lokk"


                                                                                                                                                     
Gambar peta menunjukkan pelan lokasi syarikat kami iaitu seperti ditunjuk anak panah diatas.

Syarikat kami hanya bersebelahan jalan menyeberangi Shopping Mall Hills dan mudah bagi pelanggan untuk menjumpai syarikat kami. Kami memilih tempat ini kerana tempat ini strategi dan berdekatan dengan pasaraya untuk memasarkan produk kami. Selain itu, laluan jalan raya yang berada di hadapan syarikat kami adalah laluan yang sentiasa dilalui oleh orang ramai. Dengan itu, bagi orang ramai yang hendak mencari syarikat kami silalah layari blog kami iaitu Berambeh lokk.blogspot.com untuk melihat pelan lokasi kami bagi memudahkan pelanggan-pelanggan dan orang ramai ke syarikat kami untuk merasai makanan-makanan unik dari kaum masyarakat melanau.

Jadual Menu 

NAMA MAKANAN
HARGA(RM)
Semangkuk Lamantak
RM4.00
Lamantak + Sambal Belacan
RM4.50
Lamantak + Paku Pakis
Rm5.00
Lamantak + Kangkong
Rm5.00
Lamantak + Cangkuk Manis
Rm5.00
Lamantak + Ikan Kembong Goreng
RM6.00
Lamantak + Ikan Bawal Hitam Goreng
RM7.00
Lamantak + Ikan Sardin Goreng
RM6.50
Lamantak + Sup Ikan Bawal Hitam
RM7.00
Lamantak + Sup Sotong
RM8.00
Lamantak + Sotong Bakar
RM8.50
Lamantak + Daging Lembu Goreng
RM8.50
Lamantak + Daging Ayam Goreng

RM9.00










                 Pantang Larang Lamantak & Linut

Kenapa ada pantang larang ??..

Lamantak ini berasal dari Negeri Sarawak. Hidangan yang berasal dari batang sagu atau diambil isi daripada batang pohon sagu tersebut. Ia adalah bahan berkanji dan ia juga mempunyai persamaan dengan kanji ubi kayu. Lamantak ini merupakan salah satu hidangan yang terkenal bagi penduduk pribumi Sarawak dan tidak ketinggalan juga menjadi makanan tradisi masyarakat Sabah.

Ia terkenal dengan makanan tradisi dari suku kaum Melanau terutama sekali dibahagian Mukah, Oya, dan Daro dan dianggap sebagai makanan yang paling lengkap kerana ia dihidangkan bersama ulam iaitu herba dan sayur-sayuran, ikan salai, kuah pedas dan sambal.

Cara membuat Lamantak ini tapak seperti senang tetapi ia juga boleh menjadi rumit jika sukatan dan cara-cara pembuatannya tidak teratur dan tidak betul.

Bagi sesetengah masyarakat Melanau, mereka akan menghidangkan Lamantak ini semasa perjumpaan keluarga, rakan-rakan lama, dan terutama sekali kepada tetamu yang baru pertama kali merasainya.

Antara petua-petua dan larangan semasa proses mengadun Lamantak ini ialah seseorang itu tidak dibenarkan untuk ketawa atau menyanyi

Menurut salah seorang daripada ahli persatuan Melanau Kuching iaitu Mohd Sil Abdullah, yang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam tradisi dan adat resam. Tiada apa yang salah untuk mematuhi pantang larang apa-apa pun kerana ia adalah bertujuan untuk mendisiplinkan kita suapaya kita menjadi lebih baik.

Terdapat cerita menarik yang dicerita oleh Mohd Sil Abdullah yang berumur 68 tahun dan berasal dari Daerah Mukah bahawa terdapat pada zaman dahulu ahli keluarga si mati juga dibenarkan untuk makan Lamantak apabila mayat masih di dalam rumah.

Beliau berkata jika ahli keluarga tersebut tetap berkeras hati hendak makan juga, badan si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti Lamantak atau dalam perkataan lain keadaan badan yang tidak sempurna atau lembik.

Terdapat satu lagi cerita mengenai Lamantak iaitu adalah makanan asas pada zaman penjajahan jepun bagi menggelakan daripada penduduk pada masa itu kebuluran terutama sekali di bahagian Dalat dan Mukah.

Lamantak kini sudah popular di kalangan generasi baru sekarang kerana ia adalah bukan sahaja makanan unik tetapi juga lazat kepada sesiapa yang ingin pernah mencuba dan menikmatinya. Lamantak ini juga bukan sahaja kekal menjadi hidangan tradisional yang unik masyarakat Melanau, ia juga boleh menjadi salah satu sumber pendapatan bagi masyarakat Melanau.







Tepung Sagu
LAMANTAK
Gambar di sebelah adalah tepung sagu untuk membuat lamantak. Tepung sagu ini diperolehi daripada pohon sagu.

Selain itu, jika anda sukar untuk mendapatkan tepung sagu ini, tepung kanji juga dapat untuk membuat lamantak tersebut.      



   

Gambar rajah seterusnya adalah cara-cara pemprosesan lamantak iaitu dengan tepung tadi dicampur dengan air panas yang masih mendidih dan  sentiasa dikacau sehingga ia menjadi likat atau liat seperti gam.

Seperti yang sudah menjadi Lamatak yang  ditunjuk dalam gambar dibawah:
                                                           

Gambar rajah yang seterusnya menunjukkan hasil daripada campuran air yang mendidih tadi dan dimasak sehingga menjadi lamantak. 

Gambar sebeleh ini menunjukkan Lamantak sudah dimasak dan sedia untuk dihidang lagi.
                                                            Seterusnya, Lamantak yang sudah dimasak boleh dimakan dengan beberapa hidangan. Lamantak ini semestinya sedap jika dimakan bersama temannya iaitu sambal belacan yang diperbuat daripada belacan. 

Campuran belacan ini pula iaitu ditumbuk bersama ikan bilis,cili,udang kering dan garam secukupnya dan ditumbuk menggunakan lesung batu.  


Selain daripada dimakan dengan sambal belacan, Lamantak juga  sedap dimakan dengan pelbagai sup seperti sup ayam, sup ikan, sup tulang dan pansuh.
 
Pelbagai cara makan Lamantak ini bersama sup mengikut cita rasa masing-masing seperti sup tersebut dilimpahkan ke atas Lamantak tersebut.  
                                                          Selain makan bersama sambal atau sup, Lamantak ini juga sedap jika dimakan bersama masakan sayuran seperti sayur kangkong, sayur cangkuk manis, sayur labu, sayur pucuk ubi dan sebagainya. 

Cara permakanan ini juga mengikut kreativiti masing-masing iaitu ada yang makan dicampur terus bersama-sama sayur-sayur tersebut.



Seperti dalam gambar disebelah Lamantak ini juga sedap dimakan bersama ikan kembong goreng dan daging kari ayam atau lembu dimasak kering.

Jika dimakan bersama ikan, lebih sedap jika dimakan dengan sambal ikan tersebut.
 

Sungguh berselera jika dimakan dengan pelbagai jenis makanan yang terdapat seperti gambar di sebelah iaitu dimakan bersama sup ikan, telur masin, sotong bakar, sambal belacan dan daging ayam bakar.

Jika anda ingin merasai makanan-makanan tradisi Melanau iaitu Lamantak, seperti didalam gambar yang kami paparkan, dengan itu anda dialu alukan melayari blog kami iaitu Berambeh Lokk.blogspot.com

                                                    Latarbelakang Syarikat

"Berambeh Lokk" telah ditubuhkan pada tahun 15 September 2013. Aktiviti utama syarikat kami adalah syarikat pengeluar makanan melanau iaitu Lamantak atau dipanggil dan dikenali oleh masyarakat Sarawak iaitu Linut. Syarikat ini mempunyai pasaran yang amat terhad dan syarikat perkongsian ini juga baru sahaja ditubuhkan untuk memperkenalkan makanan tradisi kaum melanau kepada orang ramai dan kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke Sarawak, dengan secara langsung kami memperkenalkan makanan tradisi di Sarawak. Syarikat kami telah menetapkan objektif dan matlamat syarikat. Objektif atau misi syarikat kami ialah menjadi pengeluar makanan tradisi masyakat Melanau iaitu Lamantak yang terkenal di Kuching, Sarawak dalam masa 2 tahun. Dengan adanya misi ini syarikat kami akan mengejar dan berpandukan misi syarikat dalam masa yang dicadangkan. Visi syarikat kami pula dalam masa 5 tahun ke 6 tahun akan memperbesarkan syarikat kami ke luar bahagian Sarawak seperti ke Semenanjung Malaysia.


                                                         Profil Syarikat

Nama Syarikat : "Berambeh Lokk"

Jenis Milikan : Syarikat Jenis Perkongsian

Tarikh didaftarkan : 15 September 2013

No pendaftaran : 1234567890

Alamat Syarikat : Jalan Bukit Mata, Kuching, Sarawak.

No. Telefon Syarikat : 0123456789

Jenis Industri : Makanan Tradisi

Produk yang dikeluarkan : Makanan tradisi kaum melanau "Lamatak".

Misi Syarikat : Syarikat kami ialah menjadi pengeluar makanan tradisi masyakat Melanau iaitu Lamantak                              yang terkenal di Kuching.
Visi Syarikat : Dalam masa 5 tahun ke 6 tahun syarikat kami akan memperbesarkan syarikat ke luar                                   bahagian Sarawak seperti ke Semenanjung Malaysia.


                                          Latarbelakang Usahawan

Nama Pemilik : ABDUL HANIF BIN PATANI @ TAM

No. K/P : 900628-13-8333

Tarikh Lahir : 28 JUN 1990

Bangsa : Melanau

Jantina : Lelaki

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan

Agama : Islam

No.Telefon bimbit : 019-4850680



Nama rakan kongsi Pemilik : DISMOND DIAN

No. K/P : 920803-13-5825

Tarikh Lahir : 03 OGOS 1992

Bangsa : Kenyah

Jantina : Lelaki

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan

Agama : Kristian

No. telefon bimbit : 013-5755604